Pakar Telinga, Hidung & Tekak · Kuala Terengganu

Hidung lega, tidur lena, tekak selesa.

Resdung, sinus, dengkur dan tonsil. Masalah yang ramai anggap biasa, saya terangkan dalam Bahasa Melayu yang mudah, berdasarkan bukti perubatan, supaya anda tahu bila perlu dirawat.

9panduan Bahasa Melayu
3fokus: sinus, dengkur, tonsil
100%pendidikan, tiada jualan
Dr Mohd Zul Izzi bin Fauzi, Pakar Perunding ENT, di klinik ENT Kuala Terengganu
Dr Mohd Zul IzziPakar Perunding ENT
Dr Mohd Zul Izzi di bilik konsultasi ENT dengan model anatomi hidung dan tekak
Kelayakan

Dr Mohd Zul Izzi bin Fauzi

Pakar Perunding Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher (ENT) di Kuala Terengganu. Bidang minat klinikal: penyakit sinus dan hidung, dengkur, serta tonsil dan adenoid pada kanak-kanak dan dewasa. Setiap panduan di laman ini ditulis dan disemak sendiri.

  • MDMoscow
  • MMed ORL-HNSUniversiti Sains Malaysia (USM)
  • Consultant Otorhinolaryngology, Head & Neck SurgeryPakar Perunding ENT
Kenali Dr Zul Izzi
Di klinik

Apa yang berlaku semasa pemeriksaan ENT

Kebanyakan pemeriksaan dibuat di kerusi klinik dengan endoskop kecil. Gambar dari dalam hidung, tekak atau telinga dipaparkan di skrin, jadi anda boleh melihat sendiri apa yang doktor lihat.

Soalan lazim

Soalan lazim

Siapa Dr Zul Izzi?

Dr Mohd Zul Izzi bin Fauzi ialah Pakar Perunding Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher (ENT) di Kuala Terengganu. Beliau memperoleh MD dari Moscow dan MMed ORL-HNS dari Universiti Sains Malaysia.

Apa yang dirawat oleh pakar ENT?

Pakar ENT merawat penyakit telinga, hidung, sinus, tekak, peti suara, dan kepala serta leher. Contohnya resdung, sinusitis, polip hidung, dengkur, tonsil, jangkitan telinga, pekak dan ketulan di leher.

Adakah saya perlu surat rujukan?

Tidak semestinya untuk klinik pakar swasta. Namun surat rujukan daripada doktor klinik anda membantu kerana ia mengandungi sejarah rawatan dan ubat yang telah dicuba. Bagi tuntutan insurans atau panel syarikat, semak syarat dengan penanggung insurans anda.

Adakah laman ini menjual ubat atau produk?

Tidak. Laman ini untuk pendidikan kesihatan sahaja. Ia tidak menggantikan pemeriksaan bersemuka dengan doktor.

Saya bukan dari Terengganu. Boleh baca panduan ini?

Boleh. Panduan ini ditulis untuk semua pembaca berbahasa Melayu. Untuk pemeriksaan, jumpa doktor atau pakar ENT yang berdekatan dengan anda.

Klinik ENT · SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

Waktu klinik

Untuk temujanji atau pertanyaan, hubungi talian umum hospital di 09-620 0200.

Sabtu – Rabu
9.00 pagi – 5.00 petang
Khamis
9.00 pagi – 1.00 petang
Jumaat
Tutup
Hubungi Klinik