Pakar ENT di SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
Dr Mohd Zul Izzi bin Fauzi ialah pakar perunding dalam bidang otorinolaringologi, pembedahan kepala dan leher, iaitu bidang yang merawat penyakit telinga, hidung, sinus dan tekak. Beliau berpraktis di Klinik ENT, SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.
Bidang minat klinikal beliau ialah penyakit sinus dan hidung (termasuk resdung dan polip hidung), dengkur dan sleep apnea, serta tonsil dan adenoid pada kanak-kanak dan dewasa.
Laman ini ditulis untuk menerangkan masalah ENT yang biasa dalam Bahasa Melayu yang mudah, supaya pesakit dan keluarga lebih faham sebelum dan selepas berjumpa doktor.

Kelayakan dan latihan
- MDMoscow
- MMed ORL-HNS (Sarjana Perubatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher)Universiti Sains Malaysia (USM)
- Consultant Otorhinolaryngology, Head & Neck SurgeryPakar Perunding ENT
Masalah yang biasa dinilai di klinik ENT
Resdung, sinusitis, polip, hidung bengkok, hidung berdarah
Penilaian dengan endoskopi hidung di klinik, dan CT sinus apabila perlu.
Dengkur dan sleep apnea pada dewasa dan kanak-kanak
Penilaian saluran pernafasan atas dan rujukan ujian tidur.
Tonsil, adenoid, batu tonsil, jangkitan telinga, tahi telinga
Pemeriksaan tekak dan telinga dengan endoskop dan mikroskop.
Waktu klinik
- Sabtu – Rabu
- 9.00 pagi – 5.00 petang
- Khamis
- 9.00 pagi – 1.00 petang
- Jumaat
- Tutup